ENTRY ABOUT FACEBOOK INSTAGRAM ASK YOUTUBE +FOLLOW

Ana A'si
Wednesday, December 9, 2015

Hari ini otak rasa tepu..
Terpana dan kesal..
kenapa hafalanku semakin melemah..
Kalau dahulu aku mampu menghafal dalam masa yang pantas,
Bahkan pernah suatu masa aku mampu menghafaz satu muka surat kurang daripada setengah jam.
Kini aku rasa ganjil.

Maksiat Yang Memakan Usia


Aku merenung jauh,
ke jendela melayan minda bercelaru ini..

Aku a'si.
Aku pemaksiat.
Aku pendosa.

Aku rasa semakin jauh aku melayang bila terlintas di fikiranku akan sepotong hadis,
Hadis dari Matan Arbain Imam Nawawi rhm.

عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم قَالَ: "الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ"وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِك، وَكَرِهْت أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ

Mafhumnya lebih kurang.."Kebaikan itu adalah akhlak yang baik. Dan dosa itu adalah apa yang menyempitkan dada kamu dan kamu benci sekiranya diberitakan akannya (dosa) pada manusia"

Sek yang highlight tu yang paling kena.
Sangat mendalam.
Dua perkara:

1) Menyempitkan dada

2) Benci untuk diceritakan dosa itu pada manusia

Allah masih jaga aib aku sampai hari ini. Alhamdulillah.
Kalaulah kiranya Allah bukakan semua aib aku pada hari ini, maka nescaya akulah orang yang paling semua manusia benci.
Orang mungkin akan membenci seseorang kerana aibnya, tetapi bayangkan orang yang kita anggap baik, berkawan dengan orang yang baik, orang yang setiap hari kita zhon dia seorang yang baik, kita tsiqah dengan dia.. orang yang begini Allah bukakan aib dia.

Naudzubilla, betapa jijiknya orang jika mengetahui hakikat ini. Nescaya takkan ada orang mahu bersama dia lagi. Allah.


Solusi Alternatif


Jika Allah inginkan dibuka segala aib manusia, maka Allah mampu buat.
Dan tiada sesiapa pun mampu berbuat apa-apa.
Semacam yang Rasulullah pernah pesankan kepada Saidina Abdullah Bin Abbas r.a. ketika mana beliau masih seorang budak kecil.

Rasulullah ingatkan dalam satu hadis yang masyhur;




إنِّي أُعَلِّمُك كَلِمَاتٍ: احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْك، احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَك، إذَا سَأَلْت فَاسْأَلْ اللَّهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْت فَاسْتَعِنْ بِاَللَّهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوك بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوك إلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَك، وَإِنْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوك بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوك إلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْك
Maksudnya: "... Akanku ajarkan pada kamu beberapa kalimah: Peliharalah Allah, Allah akan pelihara kamu, Jagalah Allah nescaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu..."

Tiada siapa pun yang mampu menghalang kebaikan dan mudharat yang Allah ingin ganjarkan pada kamu. Tiada.

Dan setiap apa yang Allah ciptakan, hampir kesemuanya punya pasang. Setiap masalah punyai penyelesaian. Setiap urusan punya kemudahan dan kesusahan.

Subhanallah. Maha suci Allah. Allah masih pelihara aib kita.
dan ketahuilah Allah sediakan alternatif sebagai solusi untuk aib kita yang sangat memalukan.

Solusinya adalah taubat.

Maka bertaubatlah. Selagi hayat dikandung badan. Masakan Allah tidak menerima taubat kita, sedangkan taubat seorang hamba pendosa juga Allah terima. Inikan kita.

Masih sempat, ayuh taubat!

0 comment[s] | back to top