Sebatang Tubuh Seorang Murabbi Monday, June 3, 2013 Post ini sekadar ingin membawa sahabat berfikir dan jauh sekali ingin menimbulkan pergaduhan atau sebarang pertikaman lidah ..
Sebelum membaca ,
Sila letakkan diri pembaca menjadi karakter dalam post ini , Rasakan apa yang si karakter rasa , Fikirkan apa yang si karakter fikir saat dirinya di bawa dalam setiap satu agenda dalam post ini , Insha Allah , Bukalah hati dan berlapang dadalah membaca post ini ... Bahunya MemberatSeorang hamba Allah ...Hamba yang tiada bezanya dengan hamba-hamba lain .. Dia juga manusia ... Dia juga melakukan dosa .. Dia juga makan dan minum .. Dia juga punyai perasaan sama seperti mana manusia lain .. maka diterimanya dengan hati terbuka , Sejujurnya , dia tidak mahu akan taqlifan itu , bukan dia orang yang selayaknya .. masih ada ratusan , ribuan bahkan jutaan hamba Allah yang lain , yang lebih layak untuk menerima taqlifan itu ... Hamba mana yang sanggup menggalas taqlifan itu , Taqlifan sebagai seorang murabbi , yang mana , jika dikatakan murabbi , maka setiap katanya akan sentiasa di rujuk , setiap perbuatannya akan sentiasa diperhati , setiap sifatnya akan sentiasa di perinci oleh setiap mata yang memandang .. setiap perkara yang dilakukannya , pasti akan di teliti oleh orang lain .. sedikit kesalahan yang dilakukannya amatlah besar di mata manusia , sedangkan dia juga manusia biasa , tetapi itu lah fitrah dunia , lumrah manusia , barang kebaikan yang besar yang di lakukannya , amat kecil dan sedikit yang menghargainya , tetapi , barang keburukan yang dilakukannya , walaupun sedikit , amat diambil serius oleh manusia keseluruhannya ... Berdirinya Dia Sebagai MurabbiAkhirnya , setelah lama Dia memikirkannya ,Dia akhirnya berjaya merasionalkan dirinya , berjaya meredakan fikirannya , berjaya memperbetulkan persepsinya , dan dia kini rela menerima taqlifan itu , kerana dia tahu dan sedar ; "Yang merancang itu adalah manusia , tetapi Perancang yang benar-benar merancang itu ialah Allah , yang memberi taqlifan itu juga sudah tentulah Allah , Allah memilih Dia kerana mungkin Dia lah orang yang selayaknya .."Maka legalah hati si Dia yang kini digelar Murabbi , Maka bermulalah tugasnya , dengan hati terbuka , Dia mencuba dengan sedaya upayanya ; cuba untuk melaksanakan taqlifan tersebut yang mana jika Dia tersalah langkah , kakinya akan terus melangkah ke neraka ! Dia berfikir untuk lakukan berbagai perkara demi untuk memastikan kelangsungan Islam dan amanahnya terlaksana , sangat jarang masa diambil untuk dirinya , Waktu tidurnya amat pendek , dan segala masalah yang terbeban di bahunya sangatlah banyak , tetapi , Alhamdulillah , Allah memilihnya untuk terus bersabar dan terus menanti kemenangan yang merupakan janji Allah pada orang yang sabar ... Nikmat Kurniaan AllahSuatu tempoh masa yang lama berlalu ,saat mutarabbinya (org yang dididiknya) kini sudah membesar , mereka sudah memahami dan berjaya mengadaptasi segala perkara yang dia sampaikannya .. Dia amat bersyukur atas nikmat ini , iaitu nikmat yang Allah kurniakan pada Dia , petanda tugasnya sudah berjaya dijalankan , amanah Allah padanya sudah berjaya dilaksanakan .. Dia bersyukur kerana mutarabbinya kini sedang bersedia untuk keluar dan berjuang , mutarabbinya kini sudah lebih matang dan dewasa untuk menghadapi ujian Allah , Kerisauannya dahulu , iaitu risau akan kemaksiatan yang dilakukan mutarabbinya , kerana setiap dosa yang dilakukan mutarabbi itu , salahnya adalah pada Dia sebagai murabbi .. Kini Dia boleh menghela nafas lega .. kerana mereka sudah boleh berdikari , dan Dia yakin , mereka sudah boleh meneraju pemikiran ummah mereka , memimpin mereka kearah kebenaran dan mencegah mereka melakukan kemungkaran .. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- "Jalan Tarbiyyah dan Dakwah itu takkan dihiasi dengan bunga-bungaan yang menyegarkan tetapi jalan itu penuh dengan duri , setiap langkahnya dihiasi dengan kesengsaraan kerana penamatnya adalah kenikmatan syurga yang kekal abadi .."------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tugasan Tamat ?Maka akhirnya , tibalah ujian terbesar Allah kepada Dia ,Saat dahulunya , Allah berikan kemudahan untuk si Murabbi mendidik Mutarabbinya , Allah uji Dia dengan wujudnya golongan mereka yang tidak berpuas hati dengan dia , mereka yang membenci didikan yang dibawanya , maka Dia cuba membantu mutarabbinya untuk mengatasi masalah golongan kecil yang membenci si Dia ini .. Dia cuba sedaya upaya untuk mencerahkan segala sesuatu daripada perkara yang difahaminya kepada golongan kecil ini , tetapi .......... Allah telah merancang dengan lebih baik , Dia tidak sempat untuk menghabiskan didikannya pada golongan kecil ini .. Maka tiba masanya .. berlalu pergilah Si Murabbi , melepaskan taqlifannya pada mutarabbinya , walaupun berat rasa hatinya kerana masih ada lagi purata kecil daripada mutarabbinya yang tidak sempat memahami didikannya , Namun Dia akur dengan kehendak Allah , kehendakNya untuk menyuruh si Murabbi melepaskan taqlifan ini pada mutarabbinya , Maka bersorak dan bergembiralah golongan yang menentang dan membenci si Dia , golongan ini merasakan mereka berjaya menyingkirkan si Dia ,mereka menyangkakan dengan ketiadaan Si Dia , mereka bebas , mereka boleh melakukan apa yang mereka mahukan ..mereka berasa selesa dengan ketiadaan Dia .. Pulangnya Sebatang Tubuh Bergelar MurabbiSuatu masa berlalu ,Saat mutarabbi kini murabbi kepada ummah mereka , saat golongan yang membenci Murabbi dahulunya , kini sudah sangat selesa dengan kedudukan mereka , Di hati mereka . mereka berasa senang kerana mereka sekarang murabbi dan paling mereka puas ialah , Dia , murabbi lama mereka sudah tiada untuk menegur mereka .. Maka Dia pun pulang , Murabbi perkasa tersebut , Dia pulang untuk mengubah dan menyelesaikan hal-halnya yang tertangguh melangsaikan amanah kepada mutarabbinya , dan Dia ingin pulang untuk membetulkan kesalahannya , Maka , gundah gulana lah musuh-musuhnya , Ketakutanlah mereka , keselesaan yang dulunya manis , terus lenyap keseluruhannya , mereka kini diselimuti ketakutan , mereka tidak tahu ingin takut dengan siapa , Tetapi mereka sangat takut , dan selepas sampainya khabar itu , mereka mulakan persiapan , oersiapan untuk menentang si Dia . Persoalannya ,SALAHKAH SI MURABBI ?!DIA JUGA MANUSIA ,SALAHKAH SEBATANG TUBUH YANG BEGITU BANYAK BERKORBAN UNTUK MUTARBBINYA !!TAK KENAL PENAT DAN LELAH , SENTIASA ADA UNTUK MUTARABBINYA .. KOMITMENNYA , KESUNGGUHANNYA ...Sedangkan , murabbi ini bukan ingin menjatuhkan mereka , bukan ingin mencederakan mereka , Andai mereka dapat berlapang dada , membuka pemikiran mereka sedikit untuk menerima kalam-kalam mutiara sang Murabbi ini , dan menerima dengan hati perubahan yang di bawanya , alangkah indah , alangkah bahagia , tapi sayang ... mereka bukan tak boleh berubah , tetapi mereka kurang kesedaran untuk berubah .. mereka tak rasakan yang penting adanya murabbi , mereka masih terlalai dan terleka dengan kenikmatan dunia dan isinya ..
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚوَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَو اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُون (At-Taubah:42) Akhir KalamMaaf ,Andai apa yang dicoretkan ini melukakan hati , jauh sekali di hati untuk melukakan sesiapa , Fahami dan selamilah hati si Murabbi , Jangan berterusan membela diri dan membenarkan diri sendiri , sedangkan Dia juga manusia , Dia juga punyai perasaan , Dia juga membenci sesuatu .. dua-duanya manusia yang sering melakukan dosa .. Andai rupa parasnya hina di mata kita , Andai akhlaknya buruk di pandangan kita , Walaupun dia seorang peminum arak , kalau apa yang dibawanya benar , kalau perkara yang disampaikan itu sahih , Jika perkara ini pernah berlaku pada kita , atau kita adalah mangsanya , Tolonglah ... Tolong buka hati dan fikiran , Terimalah perkara yang Murabbi itu bawa , mungkin sukar untuk kita menghormatinya , tapi , hormatilah pendirian dan perkara yg dibawanya .. Hargailah murabbimu ... Andai susah untuk menghormati seseorang , hormatilah ilmu yang disampaikannya , hormatilah usaha yang dibuatnya , Si Murabbi tidak mengharapakn kehormatan dan kemuliaan dunia , tetapi dia mengharapkan perubahan dan penerimaan daripada mutarabbinya Terima kasih kerana sudi membaca , Ini cumalah coretan daripada pandangan dan persepsi peribadi .. dan ianya adalah adaptasi daripada kisah benar yang berlaku di sekeliling kita .. Hargailah murabbimu ... Hargailah murabbimu ... Hargailah murabbimu ... 0 comment[s] | back to top |
بسم الله االرحمان الرحيم
الفقير الى ربه الاعلى الخادم لطالب العلم