ENTRY ABOUT FACEBOOK INSTAGRAM ASK YOUTUBE +FOLLOW

Pengalaman Di BQ - 2
Monday, December 24, 2012




Sepanjang saya di Daurah Lil Suluqi Saadah ini pelbagai ilmu dan pengalaman yang dapat ditimba . Di daurah jugalah saya dan sahabat-sahabat mula mengenali keindahan hidup seorang 'طلب العلم ' . Mulanya agak selesa saya rasakan sebab sampai-sampai sahaja di sana , saya dapat duduk di suatu bangunan yang mempunyai kelengkapan sebuah rumah . Mulanya , saya agak selesa namun keesokan harinya , kami diminta berpindah ke 'Pondok' .


yang berwarna itulah pondok kami , Ahlan Wasahlan namanya :D
Masya Allah !!!
Bermulalah malam pertama kami di pondok . Pondok yg sebenar adalah lain daripada imaginasi kami . Pondok kami diperbuat daripada kayu dan bertangga di hadapan . Mulanya kami agak terkejut apabila mendapat tahu dan melihat sendiri pondok yang tiada kipas .

Suasana pondok .. terasa bagai hidup seorang Ulama'


Masya Allah , Tabarakallah !

Suasana pondok yang mulanya agak menakutkan selepas itu jadi lebih seronok . Rupanya bukan kami sahaja yang berpindah ke pondok , tetapi , ada lagi beberapa orang yg juga berpindah ke pondok . Alhamdulillah , pondok kami tiada kipas tetapi ada lampu jika dibandingkan dengan beberapa pondok lain yg hanya menggunakan lilin sebagai lampu . Begitulah dhaifnya kehidupan di pondok . Malam itu kami tidur awal dan bersiap untuk ke kuliah pertama kami keesokan harinya .

suasana kuliah


sebelum kuliah


Kami pertama kali hadir ke kuliah dan pelbagai input yang kami terima . Kami diperkenalkan dengan adab dan kalimah 'dhobit'. Seronoknya mempelajari ilmu adalah tidak tergambar dengan kata-kata .


Kami mengaji Tauhid dan Feqah . Guru Tauhid kami ialah Al-Allamah Tuan Guru Haji Zulkifli Bin Ismail juga merangkap mudir Madrasah Baitul Qurra Wal Fuqaha' yang mengajar kami kitab 'الخريدة البهية'

Ustaz Zulkifli ♥

Kami juga mengaji dengan anak Ustaz Zul iaitu Ustaz Abdullah Bin Zulkifli Al-Hafiz yang mengajar kami Kitab 'الرسالة الجامعة' yang mana kitab ini di doakan penuntutnya menjadi seorang Alim oleh beberapa orang ulama' muktabar . Meskipun Ustaz Abdullah umurnya masih muda tetapi beliau amat faqih dalam agama . Dikhabarkan juga beliau digelar Asy-Syafie kerana kehebatan beliau dalam ilmu Feqah di pondok lama beliau . Beliau ditugaskan mengajar kami sementara menunggu masa untuk berangkat ke Hadramaut untuk mengaji di Pondok Habib Umar .

Ustaz Abdullah ♥


Antara guru kami yang lain juga adalah Al-Fadhil Ustaz Syauqi Bin Ismail . Beliau merupakan adik Ustaz Zul dan pendakwah bebas di Selangor . Mungkin ini apa yg saya perasan , tak pasti apa pendapat anda tetapi muka Ustaz Syauqi agak mirip dengan Habib Ali Al-Jufri . Ustaz Syauqi mengajar kami kitab 'سفينة النجا' iaitu kitab fiqah .

Ustaz Syauqi ♥


Walaupun masa di Baitul Qurra amat sedikit , tetapi terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang kami dapat dan kami pelajari . Ustaz-ustaz terutama Ustaz Zul amat menekankan kepada kami adab seorang penuntut ilmu . Kami juga banyak diterapkan untuk mencintai ulama kerana mereka adalah pewaris Nabi dan memuliakan golongan Habaib iaitu anak cucu Rasulullah .

Sewaktu daurah juga , alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk bertemu dan belajar dengan Syeikh Nuruddin Al-Banjari and that's the first time I met an ulama' . Masha Allah . tenang hati melihat wajah mereka yang sangatsangatsangat mulia . Itulah pertama kali saya bersalaman dan mencium tangan ulama' yang juga dulu guru Ustaz Zulkifli . Alhamdulillah . Moga Allah memberkati Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.


Suasana ketika Kuliah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki

Sesi Bersalaman dengan Syeikh


Selepas Kuliah



Alhamdulillah sempat bersalaman dengan Syeikh :)


Antara perkara yang baru juga saya temui di Baitul Qurra ialah Ratib Al-Haddad dan Wirdul Latif .
Kata Ustaz Zul , kedua-dua ini adalah amalan dan rahsia para Habaib dan Masyaikh . Saya juga petama kali menghadiri Maulid iaitu pada malam terakhir kami di Baitul Qurra . Amalan-amalan seperti ini cuba saya pegang dan amalkan , Insha Allah . Moga kita amalkan bersama .

Buku Amalan Wirid & Doa yang diijazahkan oleh penulisnya sendiri Encik Haji Zamri untuk kami jadikan amalan yang mana di dalamnya mengandungi Wirdul Latif , Ratib Hadad dan pelbagai lagi yang boleh dijadikan amalan :)


Kami juga di ajar untuk berdikari dengan kami hanya makan pada tengahari dan malam dan makanan kami adalah hasil masakan kami sendiri . Biasanya , kami bersarapan di luar pada waktu pagi dan akan masak makan tengahari dan malam mengikut giliran jadual memasak kami . Saya pernah ditugaskan memasak dan bersama beberapa orang lagi memasak Ayam Masak Kurma :D . Inilah hasilnya : Alhamdulillah di puji orang dan dikatakan sedap :D


Hasil tangan hampir 5 orang :D



Sungguh , Daurah ke Baitul Qurra adalah program daurah paling seronok yang saya pernah pergi dan Insha Allah semoga Allah memberkati usaha Ustaz Zul , Ustaz Syauqi , Ustaz Abdullah dan semua warga Bumi Barakah tersebut . Jazakumullahu khairan kathira :)


Pandangan depan pintu masuk Baitul Qurra


Rumah rehat *tempat kami makan dan main Ping Pong


Pondok kesayangan :)


Berbincang selepas habis membaca tilawah Al-Quran


Bangunan Baru Baitul Qurra yg siap dibina 2011



Peserta-peserta daurah 2012 :)



Sign Board Baitul Qurra . terletak Al-Quran sebagai bukti Bumi Barakah ini

Keluar mencari sarapan pagi


Pondok kami , Ahlan Wa Sahlan :)



Meja Ping Pong binaan pelajar pondok 

Pandangan Bangunan Baru daripada dalam Baitul Qurra

Bergambar dengan Ustaz Syauqi :)


Insha Allah , tahun depan kalau bersempatan akan ke sana sekali lagi . The Best ^^

"قال رسول الله :"طلب العلم فريضة على كل مسلم

Maksudnya : "Menuntut Ilmu itu fardhu bagi setiap orang Islam" (Sahih)
الله اعلم 





1 comment[s] | back to top