Nama diberi Ismail Bin Isman
Hamba Allah yang biasa yang mendambakan syurgaNya. Khadam kepada para penunut ilmu di al-Azhar asy-Syarif.
Sedang memupuk minat membaca dan menulis. Minat juga menulis ini tetapi sangat jarang menulis di sini kerana sedikit kekangan kesibukan dunia.
Sekiranya ada manfaat daripada apa yang dicoretkan maka ianya adalah mutlak nikmat Allah kepada para pembaca. Tetapi sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan, ianya datang daripada saya yang lemah ini.
Harapan agar sentiasa berfikir dan tidak terus menelan semua maklumat dan apa yang dicoretkan di dalam blog ini kerana yang menintakan blog ini juga manusia, tidak lari dari khilaf dan noda. Maaf atas kurang lebih blog ini.
akhukum fillah :)
Alhamdulillah ...
selesai sudah taklif ana untuk solat isyak ..
.....
.....
.....
tapi , kenapa rasa malam ni semacam ?!
rasa pelik ... rasa kosong
*jgn faham style najwa latif ya !
kenapa ana rasa semacam ..
macam ada yg tak kena ...
"takpelah ! pedulikan ! dah-dah .. kau tengah online kan tadi ..
sambung la balik" bisik hati .
okay .. sambung la online .. scrolling the news feed ..
tiba-tiba , hati terdetik something ..
"Wei mail , apa kau buat ni ? kau tak teringat orang yg paling sayang kau ke ?"
"Jap-jap ! sapa yg paling sayang ana ?"
"aah , tak yah layan" kata diri yg satu lagi (bad part of me), die nie memang selalu sibuk ! bila nak ingat benda penting je , dia akan halang ..
Layan lah .. malas nak fikir .. tapi , dalam hati masih rasa kosong ..
sedang melayan Facebook nie .. tiba-tiba ana tersentap .
Terasa macam dah ingat siapa yg paling sayang ana!
"Argh ! apa kau buat ni , mail ... kawan-kawan lama , member-member dulu ..
semua kau contact , tapi org yg paling sayang kau , kau tak contact lagi ..
Macam mana ana boleh lupa org yg paling sayang ana ..
Teruk nya --'
hari ni dah 2 Disember dah ..
dah nak setahun dah berlalu ..
dulu dalam bilik ni lah tempat aku ingat dia ,
tapi , semenjak aku jarang2 balik rumah ni ,
aku dah lupakan dia ..
dah la ..
apa ana boleh buat ?
ana cepat-cepat post kat FB , tweet kat twitter ..
cepat-cepat cuba nak bagitahu kawan-kawan yang benda ni penting ..
dan harus sama-sama fikir ,
sama-sama rindu ..
Dia Yang Sentiasa Sayang Saya
Oh tidak ! apa ana dah buat ..
kalau korang nak tahu , dia lah orang yang corakkan hidup ana ,
mungkin betul , ana tak dapat penuhi semua kehendak dia ..
Ya , ana tak nafikan .. ana selalu tak buat apa yang dia suruh buat .. dan ana selalu buat apa yang dia tak suruh buat
ana nak sangat jadi macam dia ..
mungkin mustahil ... dan pastinya mustahil ..
tapi , memang ana nak sangat jadi macam dia ..
akhlak dia , pergaulan dia dengan sahabat dia ,.
semua terbaik ~
Mungkin , kita tak pernah jumpa ,
tapi , ana pasti .. walaupun kita tak pernah jumpa ..
ana tau cinta dia pada ana tak pernah luntur ...
cuma cinta ana pada dia je yang selalu luntur ..
macam biskut , sekejap ada , sekejap lagi takde ..
Siapa Dia ?
Dialah Rasulullah .. orang yang sepatutya bukan ana je yang cintai , tapi , semua orang patut cintai dia .. betapa dia cinta ana .. cinta kita ..
kalau nak describe , lebih daripada tahap gaban ..
Dalam Syamail Muhammadiyah , ada diriwayatkan beberapa hadis tentang cara tidur Rasulullah .. ada sahabat yang meriwayatkan nabi kadang-kadang tidur dalam keadaan rusuk ke kanan .. ada juga riwayat sahabat bahawa Rasulullah , sebelum baginda tidur , baginda akan meletakkan tangan di bawah pipi kanan beliau , dan beliau akan menyediakan masa untuk berfikir tentang umat baginda ..
Sekejap .. cuba kita baca balik dan gambarkan betapa sayangnya dan ambil beratnya Rasulullah pada kita ? Rasulullah bukan pernah jumpa kita ? Cuba kita .. Kita kalau tak pernah jumpa orang tu .. nak ke kita doakan dia .. fikir tentang dia ? Bayangkan apa yang Rasulullah fikirkan dan apa yang dia caringkan pasal kita , Lebih daripada BF kita caring pasal kita , lebih pada GF kita fikirkan pasal kita .. Bahkan lebih daripada caring mak ayah kita pada kita .. Apa yang Rasulullah fikirkan ialah , macam mana dia nak sampaikan Islam sehingga bayi terakhir yang lahir pada hari kiamat menerima Islam .. besar tu .. sangat complicated .. belum kira dengan masalah masyarakat Arab zaman beliau lagi .. Masha Allah ...
Fikir sebelum terlambat
Allah !
tepuk dada , tanya diri .. berapa lama dah kita tak ingat Rasulullah ? kita tak ingat cita Rasulullah sampai ketika baginda hendak wafat , baginda masih sebut kita .. "امتي ... امتي"
dan betapa sayangnya baginda sehinggakan , ketika beliau ditarik nyawa oleh malaikat Izrail
Baginda bertanya pada Izrail :"Wahai Izrail , aku sakit..."
lalu Izrail menjawab: "Ini adalah selemah-lembut yang aku boleh buat wahai Rasul Allah"
lalu apa Rasulullah jawab: "Jika beginilah keperitan sakaratul maut , maka , Ya Allah , letakkanlah kesakitan sakaratul maut ini pada aku untuk UMMATKU.."
Nampak tak ?
mungkin apa yg ana coret dalam blog ni tak dapat menyentuh hati korang , bahkan , pastinya susah untuk sentuh hati korang ..
Tapi , anz nak korang sedar satu perkara ...
"Selupa mana pon korang pada Rasulullah , Rasulullah tak pernah lupakan korang !"
kepada yang rasa rindu gile dekat Rasulullah , boleh la sama-sama kita Qasidah , ingat Rasulullah :')
Ya Hanana .. kami sayang kamu ya Rasulullah . صلوا على النبي !
بسم الله االرحمان الرحيم الفقير الى ربه الاعلى الخادم لطالب العلم
Nama Ismail Bin Isman. Asal Sungai Buloh, Selangor. Sekarang belajar di Unversiti al-Azhar asy-Syarif, Kaherah, Mesir.
Khadam kepada para ulama dan penuntut ilmu di al-Azhar asy-Syarif. Masih jauh lagi perjalanan untuk menjadi seorang yang bermanfaat untuk ummah. Jauh lagi untuk menggapai cita-cita menjadi seorang islamic scholars.
Tulisan dalam blog ini lebih kepada cerita hidup sendiri yang dirasakan bermanfaat untuk dikongsi.
terkadang nama yang diguna bukan nama sebenar dan terkadang nama yang sebenar. Bukanlah untuk tujuan meng'aib'kan melainkan untuk menambahkan suasana cerita dan memberi ibrah pada orang yang berfikir.
Masa di bumi Mesir ini sedikit sibuk, walaupun selalunya disibukkan dengan benda-benda yang selain daripada ilmu, tetapi ianya sedikit sebanyak mengehadkan diri untuk menulis dan membaca. Oleh itu pohon doa semua agar saya terus kuat untuk belajar di kota 1000 menara ini.
Mohon doa para pembaca agar saya dapat menghabiskan masa saya dengan ilmu dan khidmat pada para ulama dan para penuntut ilmu, dan saya dimudahkan belajar, memahami, menghafaz, mengulangkaji dan beramal dengan ilmu yang saya pelajari, terus menjadikan musafir saya di bumi Mesir ini bermanfaat.
Terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ini
Maaf atas segala kekurangan dan mohon ditegur sekiranya punyai kesilapan. Saya sangat terbuka kepada sebarang perbincangan dan penambah baikan. Jazakumullahu khairal jaza'
بسم الله االرحمان الرحيم
الفقير الى ربه الاعلى الخادم لطالب العلم