ENTRY ABOUT FACEBOOK INSTAGRAM ASK YOUTUBE +FOLLOW

Pengalaman Di BQ - 1
Saturday, December 22, 2012



Alhamdulillah ...

setelah hampir satu minggu daurah berlalu ,
akhirnya Allah bagi peluang pada saya untuk mencoret pengalaman saya di sana ..
banyak betul perkara yg berlaku di sana ..
terasa pengalaman yang berbeza hidup dan ikhtiar untuk hidup di pondok , belajar untuk hidup cara orang salih , cara ulama' dan habaib masyhur sekarang ... semua dugaan dan kenangan di sana , Insha Allah terpahat di hati sebagai memori abadi .

jadi , ni nak share pengalaman sikit je la .. banyak sangat pengalaman kat sana dan tak terdescribe mungkin dalam post nie .. Insha Allah mana yg termampu .

Ujian Bermula


Malam sebelum daurah , 4/12 lagi , Allah dah mulakan ujian Dia di mana , saya tersalah tarikh .
Dalam sangkaan saya , pergi ke sana pada 5 h/b dan mula pengajian pada 6 h/b .
Saya yang masih tak sedar lagi tarikh sebenar , alhamdulillah digerakkan hati oleh Allah untuk chat dengan seorang sahabat saya , juga drpd Kisas , Naja :)
kami chat dan Allah sedarkan saya dengan Naja .

Naja tanya : "Kau dah beli tiket ?"
Saya jawab : "Kan lama lagi , esok aku beli la"
Naja : "Eh kau ni , esok la .."
dan kemudian saya check balik event tu dan betul , saya salah tarikh .

Allah ,
dugaan .. waktu tu dah lah sudah hampir pukul satu dan pastinya , kalau nak pergi beli tiket pun , dah tutup dah ..
Saya dan ibu try online dan kami ambil trip pukul 2 .
Saya pun mula packing barang , nak ke Bumi Barakah la katakan :)

Esoknya , saya ambil bas ke Melaka Central dari Klang Central . memandangkan stesen bas terdekat di Saujana adalah di Klang Central . Saya pun bertolak ke BQ pada jam 2 petang ...

Ujian demi Ujian


perjalanan saya ditemani ceramah Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim yg sempat saya download di 4shared sebelum pergi . Saya rasa mungkin saya seorang sahaja yg tergelak2 dalam bas yg cuma hampir 5 orang di dalamnya . seronok mendengar lawak UAI dan Ustaz Kazim yg kedua-duanya terkenal dengan ceramah mereka yg menyeronokkan .

akhirnya , saya tertidur dan apabila terjaga , saya sudah memasuki Bandar Bersejarah itu . Saya melihat dan menikmati keindahan Melaka yg unik dengan bangunan berbentuk ala-ala Cina terutama jelas kelihatan pada seni bena masjid .

Tiba-tiba , bas berhenti di sebuah Central yg dikenali sebagai AG Central . saya pun turun dari bas dan bas berlalu pergi . Walaupun saya rasa pelik tetapi , saya abaikan dan terus teruja dengan keindahan Melaka :)

Saya pun mula bermesej dengan seorang abang yg katanya , dia akan ambil saya dan hantar saya ke BQ . jadi , abang tersebut kata , saya perlu tunggu sorang lagi kawan saya yg juga dalam perjalanan sama macam saya . Saya pun menunggu dan solat asar di surau di sana .

Suatu yg mengganggu saya ialah , kenapa tak ramai orang dekat sini sebab , di dalam sangkaan saya , Melaka Central mesti lah tempat yg ramai org dan sudah pasti saya akan terjumpa peserta daurah yg lain tetapi , tiada yg saya kenal walau seorang di sini .

Jadi saya pun terus menunggu sahabat yg akan bergerak dengan saya ke Baitul Qurra . saya menunggu daripada jam 5 hingga hampir 6.30 . 

Kemudian , saya tersedar .. "AG Central ?  aku kat mana nie ?!" , saya terus menelefon abang tersebut dan dia berkata "Allah , enta kat Alor Gajah Central , bukan dekat Melaka Central !"
"Ye ke bang ? habis tu , macam mana ?"
"Enta ambil la bas , pergi MC (Melaka Central)"
"ooo , okay2"

Sekarang , persoalan saya terjawab . Patutlah takde orang , salah stesyen rupanya . Allahu Akbar !  Ujian-ujian ..
Saya terus mengambil bas ke MC dalam keadaan yg agak menggelabah dan risau . hampir 6.45 ptg saya bertolak dari Alor Gajah Central ke Melaka Central  . saya tiba di Melaka Central pada hampir 7.30 malam . Alhamdulillah , saya terus mencari surau untuk solat jamak qasar maghrib dan isyak di Melaka Central .

Usai solat , saya membawa beg kriket berat saya pergi membeli Cool Blog :D dan duduk di pintu masuk Melaka Central menunggu abang tadi untuk menjemput saya ke Baitul Qurra .

Ujian Lagi ?


Saya menekan 'send' pada telefon Galaxy Young milik Ibu yg saya pinjam untuk kegunaan Daurah kali ini . Mesej yang saya 'send' ditujukan kepada Abang tersebut untuk memberitahu yang saya sudah tiba di Melaka Central . kemudian , abang tersebut membalas mesej saya dengan mengatakan bahawa , dia akan menyuruh kawan dia mengambil saya dengan motor .

Motor ??
beg saya sangatlah besarnya . Saya membawa 2 beg , satu beg kriket dan satu bagpack . beg kriket saya diisi dengan baju dan bag pack saya di isi dengan kelengkapan belajar untuk Daurah . Jadi , untuk menaiki motor adalah mustahil untuk membawa Beg seberat hampir 700g tu . Jadi saya pun berserah kepada Allah , dengan keyakinan dalam hati , moga Allah bantu dan permudahkan urusan saya ke sana ... Akhirnya , tiba kawan Abang tadi dgn motor LCnya dan alhamdulillah , Abang tadi juga datang dengan keretanya dan dia membawa beg saya ke dalam keretanya dan saya pula memakai topi keledar untuk menaiki LC ke Baitul Qurra . Jam waktu itu sudah hampir 8.30 malam . Kami terus ke Baitul Qurra dan bersembang di atas motor , Walaupun perjalanan kami agak mengerikan kerana Abang yg membawa saya itu agak berjiwa rempit :D hahaha .

Kami tiba di Baitul Qurra pada hampir jam 9 dan makan di sana .

Cerita seterusnya akan disambung dalam post akan datang :)


1 comment[s] | back to top