Kita Mukallaf ^^ Tuesday, February 12, 2013 Alhamdulillah , pada pagi yang sejuk ni , Allah kurniakan masa lapang pada saya untuk menulis blog . Allahu Akbar ! lama dah rasanya tak post . dapat cuti Tahun Baru Cina ni , jadi dapatlah balik ke rumah update blog .. tapi , cuti pon sampai jumaat je .. apa-apa pun , Alhamdulillah . So , apa cerita sekarang ? al-maklumlah , semua orang meningkat dewasa dan akan mendepani dunia , yang darjah enam , kini tingkatan 1 .. yang tingkatan 3 kini tingkatan 4 .. yang tingkatan 4 kini tingkatan 5 .. dan yang tingkatan 5 kini tunggu result untuk stay ? haha :D pejam-celik , pejam-celik , dah masuk form 5 .. masa yang berlalu macam air je ... wallahu a'alamlah ianya benar-benar dimanfaatkan , atau hanya kosong tanpa amalan yang sepatutnya .. Kini , sahabat yang lahir 1996 , Batch 0913 dah jadi form 5 . Kata orang , ni lah 'senior year' , tahun keseronokan juga tahun kesedihan , nak SPM kan .. Jadi Form 5 di Kisas ? Alhamdulillah .. memang tak seronok pun sebenarnya .. tapi , alhamdulillah , semakin hari , Allah beri ketenangan untuk menghadapi taqlifan ini . TaqlifTaqlif. Mungkin ada yang tertanya-tanya , apa dia taqlif ni ? Tanggungjawab yang diberikan atas seseorang itu untuk melaksanakan sesuatu . teringat kalam Ustaz Zulkifli Ismail sewaktu mempelajari kitab Kharidah Al-Bahiyyah .. Kata Ustaz : "Taqlif ini adalah suatu yang dijatuhkan kepada Mukallaf (مكلّف)" Mukallaf (مكلّف) yang dimaksudkan oleh Ustaz adalah kita . Kita mukallaf ? kenapa macam tu ? kerana Allah dah beri 3 taqlif kepada kita , semenjak kita bersaksi Allah itu Tuhan kita dan Rasulullah itu nabi kita . Taqlifan itu ialah :
tapi sahabat-sahabat , percaya tak bahawa taqlif ini sebenarnya satu perkara yang menyeronokkan dan menggembirakan kita sekiranya kita benar-benar memahaminya ?
Gembira memikul TaqlifDah nama tanggungjawab , acane nak gembira ? --'tapi bergembiralah ... Sungguh ! kenapa saya berkata demikian , Taqlif yang merupakan bebanan boleh menggembirakan kita ? apakah ? --' Ini kerana , selagi kita terpikul dengan taqlif , Allah akan terus mendatangkan ujian dan menduga kita . Syaitan akan berterusan menggoda kita dengan kata-kata dusta mereka
Nafsu akan berterusan menuntut kita memenuhi kehendaknya
dan apabila semua perkara ini terus berlaku ,
maka , sahabat akan gembira , kerana , sampai tika ini dan masa ini , Allah masih sayang kita dan terus menduga kita dengan ujian . "Allah uji kita tanda Allah sayang kita" Alhamdulillah , betapa jelasnya bukti yang Allah menyayangi kita ! Orang beriman itu apabila diuji , ia akan terus bersyukur dengan ujian tersebut kerana dia yakin dalam setiap ujian Allah itu terdapat kebaikan dan itulah bukti Allah sayang dia .. Jadi bergembiralah abang-abang dan kakak-kakak (khususnya untuk Form 5) Risau tidak diujiTeringat kisah Saidina Ali Karamallahu Wajhah yang sangat risau tidak diuji ..Suatu ketika , beliau sudah beberapa lama tidak diuji , hidupnya senang sahaja , kaya , aman dan tenteram . kesihatannya juga berterusan sihat .. Perkara ini berlanjutan beberapa hari , Suatu hari , Saidina Ali berasa risau .. Risau kerana beliau telah lama merasakan diri beliau tidak diuji . Maka , beliau bertemu Rasulullah dan menyatakan masalah beliau . Lalu , sebagai sahabat yang baik , apa kata Rasulullah .. "sebenarnya , kesenangan yang diberi pada kamu itu adalah ujian untuk kamu"(lebih kurang macam tu lah) Jadi bergembiralah dengan ujian kamu .. tetapi , jangan lupa teruskan membaca .. Kalam TerakhirDalam kita mengukir senyuman tika diuji dan bergembira dengan ujian Allahperlu diingatkan sahabat-sahabat .. Sememangnya , kita wajar bergembira dengan ujian ini .. betapa indahnya kita masih diuji Allah .. tetapi , ingat sahabat .. mereka yang diuji ini boleh jadi ke syurga dan boleh jadi juga ke neraka . Ini kerana amanah itu adalah amanah Allah kepada kita .. jadi , sekiranya kita tidak melaksanakan amanah Allah , maka ibaratnya kita mnecabar hukum dan azab Allah . Nauzubillahi min zaalik , moga kita bukanlah orang yang mencabar Allah , Jadi , pesanan ana kepada sahabat Kisas yang membaca dan boleh juga dijadikan ibrah pada sahabat lain .. Ana bukanlah orang yg layak memerintahkan apa-apa pada sahabat-sahabat .. sekadar nasihat daripada seorang kawan pada kawannya yang lain .. Tunaikanlah tanggungjawab yang Allah beri pada antum sebaik baiknya , jangan tinggalkan syariat dan ingat jika antum rasa pasrah bila diuji , kenang balik zaman kita ditarbiyyah bersama , suka duka kita tika ditarbiyyah .. manis taaruf , pahitnya Liqa' M .. maka , takkanlah antum nak pasrah dan taruhkan tarbiyyah dan bi'ah solehah Bumi Waqafan ini begitu sahaja . Insha Allah , kita sesama sahabat , bangkit jatuhnya kita bersama .. Pemimpin disokong orang yang dipimpin , Orang yang dipimpin pejuangkan pemimpin .. Semoga Allah merahmati dan memberkati Bumi Waqafan dan warganya serta keseluruhan isinya , Insha Allah :) Jazakumullah kepada pembaca-pembaca semua . yang baik itu daripada Allah dan yang kurang itu daripada diri saya sendiri ,
الله اعلم
0 comment[s] | back to top |
بسم الله االرحمان الرحيم
الفقير الى ربه الاعلى الخادم لطالب العلم