ENTRY ABOUT FACEBOOK INSTAGRAM ASK YOUTUBE +FOLLOW

Dari-Ku Untuk-Mu
Wednesday, December 17, 2014


Bismillah. Tulisan ini dimulakan dengan ucapan bismillah, mudahan keberkatannya bismillah mengalir dalam setiap apa yang bakal sahabat-sahabat baca sebentar lagi. Syukur Alhamdulillah pada Rabb kerana masih Dia beri peluang untuk bernafas dalam dunia ini. Dunia yang penuh warna-warni setiap lekuknya. Dunia yang diisi dengan pelbagai bentuk ragam-ragam manusia yang menjadikan ia menarik untuk dihuni.

Segala puji bagi Zat yang wajib wujud itu, atas kesempatan yang masih Dia berikan, ruang kecil untuk hamba yang kerdil ini mencoret suatu surat terbuka. Surat  yang ditujukan khas buat para helang-helang baru yang dilahirkan dari Kolej itu, yang suatu masa dahulu merupakan sebuah institut tinggi Islam pertama di Tanah- Melayu. Kini dan dengan izin-Nya akan datang akan terus mekar sebagai peneraju kebaikan bagi Malaysia ini dan agama Islam itu sendiri, Amin.

Warkah yang sedang antum baca sekarang ini ditulis ketika mana penulis yang lemah ini sedang sibuk dengan persiapan untuk memasuki tingkatan enam atas yang dikira tahun terakhir alam persekolahan ini. Dalam kesibukan itu, masih diberi ruang keluar untuk menulis ini sebagai kata-kata daripada diri ini, peribadinya dan dari warga waqafan umumnya.

'Dariku-Untukmu'

Amat sinonim sekali perkataan ini dengan menyatakan hasrat hati kami, sebagai warga bumi waqafan kepada para helang sekalian untuk mendengar dan memandang kepada kami yang berada di bumi ini. Kami tahu kalian sudah bersedia untuk terbang, tapi kami juga mengharap dalam persediaan rapi kalian untuk keudara, kalian masih ada masa untuk membuka minda dan hati kalian. Mudah-mudahan Allah lapangkan dada dan mudahkan kalian untuk memahami tulisan yang serba kekurangan ini.

Suatu masa dahulu, tempat kalian ini juga pernah daku duduki.
Sudah tiba saatnya untuk mengakhirkan kenangan manis dua tahun di Bumi Waqafan tercinta.
Sijil Pelajaran Malaysia yang merupakan kejaran semua akhirnya berjaya dilalui dengan selamat.
Semua sudah mula bersembang soal cita-cita.
Diskusi dengan topik halatuju dan masa depan menjadi mainan mulut masing-masing.

Tempat kalian pernahku duduki juga.
Tahu betapa seronoknya alam persekolahan sudah ditamatkan.
Betapa gembiranya meraikan 'cuti panjang' selepas perjuangan SPM yang memenatkan.
Timbul termasuk ada daripada kalian yang berfikir untuk stay menjadi pelajar kisas di tingkatan enam.

Berfikir mengenai keinginan untuk 'stay'.
Iaitu menyambung lagi satu tahun setengah sebagai pelajar tingkatan enam di bumi waqafan.
Jika kalian pernah terfikir mengenai itu,
Maka aku juga pernah memikirkannya,
Bukan selepas SPM,
Bahkan jauh sebelum itu, sudah mula diletakkan di dalam mindaku sebagai sesuatu yang perlu difikir.

Cetusan Rasa

Masih jelas dan segar diingatan,
Masa itu, iaitu di pertengahan tahun tingkatan 5.
Aku berdiri di COE, dewan terbuka yang menghimpunkan hati-hati pelajar KI itu.
Aku dan beberapa orang sahabat sewaktu itu menanti-nanti kedatangan mereka yang kami sanjung. Kami kira hebat! iaitu para Stayer Al-Banna.

Malam sebelumnya lagi sudah kami semak untuk keberapa-kali akan nama-nama yang bakal mendaftar tingkatan enam untuk keesokan harinya.
Menjadi penganalisa sukarela ini memang tugas biasa. Maklumlah, takde kerja. Walhal kerja pembetulan peperiksaan pertengahan tahun juga belum siap lagi ~

Antara nama yang tertulis di situ adalah nama yang memang kami kenal, dan tidak asing lagi.
Exco Khas 1 kami, iaitu Al-Akh Murabbi Hakim Bin Ismail. Juga nama Akh Fauzan Rahim, iaitu bekas TJN kami. dan seorang KP iaitu Al-Akh Ariffin. Dan mengikut perancangan, kami nak sambut mereka semua ni pada hari pendaftaran mereka.

Maka sepanjang malam sehingga keesokan harinya, bertebaranlah 'rumours' dan tekaan-tekaan tentang siapa yang bakal menjawat jawatan Presiden Badar, Ketua Umum dan lainnuya. Dua 'hot seat' ni memang akan jadi bahan bualan semua. Termasuk daripada jangkaan-jangkaan dan cerita-cerita ini ada yang mengatakan tiada muslimat dari Al-Banna yang akan 'stay' dan ianya tenggelam bersam-sama cerita yang lain

Kami ada kelas, dan tak dapat nak sambut para stayer. 
Akhirnya dapat kami keluar berjumpa dengan Abg Hakim. Dan dikhabarkan muslimin yang stay 2 orang dan muslimat juga 2 orang. Tak tahu kenapa, tapi seolah lega bila dengar ada muslimin dan muslimat yang stay.

Gambar di Musolla Saidina Ali yang lama. Terjumpa dalam koleksi peribadi.

Malam tu, Abg Hakim ceritakan sedikit pengalaman dia stay. Dan sedikit luahan perasaan kesal pada batch dia yang kami kira ramai, lebih ramai dari kami. 319 orang cuma 4 yang stay. Kami cuma mendengar dan sedikit simpati dalam diri. Alhamudulillah.

Abg Hakim terus jadi stayer sampai akhirnya suatu masa, Abg Ipin (Ariffin) terpaksa pindah kerana dia mendapat tawaran ke Universiti di Jordan. Maklumlah, Abg Ipin dapat 11A waktu SPM jadi dia pun pergi meninggalkan Abg Hakim seorang diri di Bumi Waqafan.

Abg Hakim kemudiannya dibebankan dengan tugas memegang semua lower six muslimin. Dari tarbiyyah, dan usrah sampailah kepada akhlak lower six, semua Abg Hakim kena jaga. Dan ditambah pulak dengan hubungan dengan cikgu-cikgu yang sedikit renggang sebab sibuk. Kami melihat beban di bahu Abg Hakim dan dari situ mungkin tercetusnya semangat nak stay, tetapi persoalan Stayer ini terus digantung sebagai misteri. Hinggalah result SPM keluar.

"Stayer ?!"

Selepas result SPM keluar, bahang stay-tak stay ni semakin meningkat. perbualan pekena kawan stay semakin mainstream. Dan semua mula ambil ini sebagai persoalan yang serius. Selepas hampir menuju ke bulan Mei, sudah mula diketahui siapa yang bernekad untuk menghabiskan masa di Kisas untuk menjadi stayer.


Kajian peribadi aku menunjukkan, +/- 13 orang daripada muslimin yang akan bergelar stayer dan +/- 5 orang muslimat yang akan stay.

Aku sempat bersembang dengan beberapa orang bekas pelajar yang juga Stayer dan bertanya perihal stay ini. Antara yang memberi respon yang aku guna pakai adalah Abg Izzaz. Bekas Exco Usrah Badar. Dia menasihatkan mereka yang hendak stay ni untuk tidak terlalu selesa dan selalu fikirkan kemungkinan yang negatif. Bukan untuk menjadi negatif tapi untuk lebih bersedia.

Oleh kerana nasihat tu, aku anggarkan yang akan stay muslimin 5+/- dan muslimat mungkin 3+/- 

Selamat Pulang ke Bumi Waqafan!


Masa berlalu...
Sehingga tibalah hari pendaftaran tingkatan enam ambilan pertama.

3 orang stayer muslimin yang mendaftar.

Yang lain masih belum mendaftar kerana sibuk urusan lesen, urusan mengaji, mak ayah dan lain-lain.

Hari pendaftaran itu aku sempat ke Kisas dan kami mencari stayer dari muslimat, tetapi tiada yang mendaftar.

Mungkin masing-masing sibuk, sangka kami.

Stayer terawal yang masuk, (dari kiri:) Mustaqim, Sayuti dan Mujahid
Masa terus berlalu dan tibalah hari pendaftaran tingkatan enam ambilan kedua

Masing-masing dah tahu siapa yang stay muslimin.
Muslimin bertambah lagi 5 orang dan 5 orang ini mendaftar.
Termasuk lima orang tu ambe. Hari tu terlambat sikit. Ada urusan yang tak dapat dielakkan.

Sampai mendaftar, sudah ada cikgu yang bertanya: "Kamu sambung tingkatan enam?!"

dan tak lupa juga ada cikgu yang kata: "Kenapa saya macam pernah tengok muka kamu..."

Macam-macam ragam pendaftaran tu.

Ada juga cikgu yang bertanya: "Kenapa kamu ambil STAM kat sini? kan dekat luar ada yang setahun je STAM"

Aku cuma mampu senyum dengan menjawab, "Dah alang-alang di Kisas ni. Saya sambung terus ustaz"

Selesai daftar, Aku pergi semula ke dewan dan memang ramai orang.
Macam pendaftaran waktu tingkatan empat dulu.
Form 6 tahun aku memang sengaja diambil ramai.

Tak kisah lah tu, sekarang yang aku kira stayer muslimin sudah 3+5=8 orang.

8 daripada 13 sudah cukup luar daripada sangkan aku. Alhamdulillah ramai!


Minggu Rantaian Ukhwah (MRU) iaitu minggu suai kenal pelajar kami lalui selepas pendaftaran. Sepanjang minggu tersebut, tercari-cari juga kami muka muslimat As-Siddiq mana yang kami kenal sekurang-kurangnya seorang.

Proses cari mencari kami teruskan sampai tamat minggu tersebut.
Mudahan ada Stayer As-Siddiq muslimat.
Doa kami akan hal ni tak pernah putus.
Mudahan Allah mudahkan yang nak stay, walaupun lambat.

Kami bersangka, mungkin daftar lambat ni sebab ada urusan lain...

***

Sudah hampir dua minggu kami pulang ke Bumi Waqafan,

Hari demi hari, kami mula menerima hakikat pedih itu.
Hakikat bahawa tiada muslimat As-Siddiq yang stay.

Hakikat yang sangat menghampakan kalau kamu di kerusi kami.

Bayangkan, 8:0.

Daripada 5 orang yang aku jangkakan, mungkin 3 orang atau paling kurang 2 orang seperti Batch Al-Banna yang stay, tapi takde seorang pun!

Sambil-sambil tu, semakin kuat soalan seperti "Kenapa kamu ambil STAM?" atau "Kenapa sambung STAM kat Kisas? kenapa bukan SAMTISH"

Sehinggakan dalam satu kelas, kami dikatakan "Stayer ni ada agenda sendiri ni! Jangan kamu percaya sangat apa diorang cakap".
Kami sekadar menjawab dengan baik dan senyumah payau atau senyap.
Hanya Allah yang tahu beratnya.

Menelan Hakikat 

Kami masuk ke dalam satu fasa iaitu fasa 'menelan hakikat'.
Satu fasa yang agak lama sebenarnya.
Tempoh masa yang lama diambil.

Hakikat yang cuba kami telan adalah, bukan mudah takde stayer muslimat ni.

Susah. Sangat susah.
Tapi kami telan hempedu ini dengan percaya akan kemampuan mereka.
Kemampuan muslimat baru generasi As-Siddiq ini.

Walaupun tanpa kehadiran stayer muslimat. Tiada guna menanti hujan sedang kemarau baru bermula.
Maka kami sentiasa menjangkakan muslimat akan mampu memudahkan urusan kami.

Kami yakin dan percaya meraka masuk kebumi itu kerana mereka juga ingin menyumbang sesuatu untuk Bumi Waqafan. Maka, inilah ruang mereka menyumbang dan membantu kami. Insha Allah. Percaturan Allah tidak pernah silap.

Mereka punyai kekuatan. Walaupun baru tetapi suatu kekuatan luar biasa yang kami lihat bersinar dalam mereka. Kekuatan memelihara mutiara Bumi Waqafan mungkin.

Bayankan, mereka baru masuk tetapi sudah berkerja dengan stayer, dan perkara ini sangat mengejutkan bila mereka dapat membiasakan diri dalam tempoh yang singkat. Walaupun awalnya agak sukar bagi kami untuk membiasakan keadaan ini tapi hari demi hari, Kami semakin yakin dengan bantuan Allah itu. Dan inilah yang orang gelar sebagai 'Mehnah dan Tribulasi'

Bumi Waqafan yang kami kenal di tingkatan 4 dan 5 bukan Bumi Waqafan bila kami di tingkatan enam. Ia jauh sangat berbeza.
Biarpun atmosfera sama. Sekolah dengan bangunan yang sama. Mungkin yang berbeza cuma loker dan mesin air elektronik baru, tapi sangat berbeza.
Kami berdepan dengan zaman pengetua baru. Cabaran yang berbeza.

Akhirnya kami bertemu pada sebuah kesimpulan yang itu lah hakikat;
bahawa ini adalah ujian bahkan nikmat daripada Allah.

Mungkin Allah menguji kami dengan menarik nikmat tiada stayer muslimat. Tetapi Allah kurniakan kami nikmat muslimat yang hebat. Sangat luar biasa ketahanan dan kekuatannya. Sangat dedikasi dan tabah dalam amanahnya.

Allah tak pernah silap. Cuma cepat atau lambat kami melihat hikmahNya.
Alhamdulillah

Di Bawah Bayangan Memori

Fasa dibumi waqafan berikutnya kami hadapi iaitu fasa 'banding menbanding' dan fasa 'terbayang-bayang'.

Duduk dengan sahabat As-Siddiq baru, teringat yang muka serupa.

Kadang lalu di kolah nak basuh baju terbayang ikhtitam usrah.

Terbayang mandi kolah waktu nak dekat SPM.

dan macam-macam lagi...

Tenggelam dalam fasa ni...

Kemudian kami banyak membanding,

Sahabat Form 6 tak macam sahabat As-Siddiq dulu...

Walaupun hakikatnya itulah diorang. Cuma kami lambat untuk menerima hakikat itu.
Tak perlu nak dibanding kerana masing-masing ada lebih kurang masing-masing.
Persoalannya bagaimana kita manfaatkan, itu topik utamanya.

Lalu akhirnya  kami sedar anugerah Allah untuk kami..
Di buka mata kami melihat nikmat Allah yang cuba untuk kami pejamkan ini.

Rupanya besar nikmat Allah beri peluang bersama dengan As-Siddiq baru ini.
Mereka yang kami gelar Nur As-Siddiq.

Mereka lah rakan seperjuangan kami yang baru.

Mereka lah yang memahami pahit getir hidup sebagai tingkatan enam.

Bersyukur ada lagi yang masih sudi bersama berjuang dengan kami.
Alhamdulillah.

Terima kasih pada Allah kerana sedarkan kami akan hakikat ini.

Sekalung terima kasih kepada Stayer Batch Al-Banna,

Sepanjang setengah tahun kami sebagai tingkatan enam,
Kami lihat, yang paling banyak bersusah adalah dua orang kakak stayer Al-Banna; iaitu Kak Azza dan Kak Husna.

Mereka lah yang paling banyak berkorban masa dan tenaga. Membimbing Nur As-Siddiq muslimat.
Memperkenalkan dan menyediakan mereka dengan kefahaman suasana di Bumi Waqafan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bernoktah di situ kisah stay kami.
Sekarang ini semua itu terkubur sebagai sejarah buat batch kami.
Cukup sudah, yang baik diambil yang keruh di jauhi.

Sekarang tiba untuk anda, generasi Al-Faruq, 59 dan yang seterusnya pula memandang ke hadapan.
Memandang satu realiti dengan perancangan jauh.
Ambil iktibar dari kisah kami.

Untaian Buah Fikiran Untuk Difikirkan...

Sini, pesanan peribadi ambe pada semua,
yang rasanya pesanan kami, para stayer.

Buat Muslimin

Buat adik-adik helang yang digelar muslimin. Tidak kiralah kamu pernah terfikir untuk stay atau tidak. Masing-masing punya peranan masing-masing. Cuma di sini, antum dah baca kisah Abg Hakim bukan? Pernah sembang dengan Abg Hakim? Pernah tanya kenapa Abang Hakim stay?

Untuk pengetahuan antum bagi yang belum tahu, Abg Hakim stay kerana kesian. Itu sebab asal Abg Hakim stay. Abg Hakim dapat tahu batch dia takde siapa yang nak stay sebab faktor STAM nak tutup dan lain-lain.

Antum spend masa banyak dengan Abg Hakim. Rasanya antum lebih tahu Abg Hakim berkorban banyak untuk bumi waqafan. Sebab kesian Abg Hakim tu membuatkan kita kesian pada Abg Hakim. Kesian Abg Hakim sepatutnya didahului dengan kesiannya kita. Kita patut berterima kasih dekat Abg Hakim. 

Sekarang bukan nak suruh antum kesian, tapi nak suruh antum fikir... Kalau takde stayer dari belah muslimin.. Antum rasa apa jadi? Kalau stayer sorang muslimin macam Abg Hakim pun sangat berat, kalau takde, macam mana? Antum nak harapkan muslimat jagakan sahabat Al-Faruq baru antum tu.

Kena ingat muslimat ni lemah sahabat. memang Allah kurniakan diorang macam tu. Jadi musliminlah yang akan memimpin. Jadi macam mana? Fikirkan.

Buat Muslimat

Ni untuk adik-adik yang bergelar muslimat. Helang Al-Faruq. Rasanya antunna sendiri lebih tahu macam mana kesusahan Kak Azza dengan Kak Husna bila mana batch kami tak mampu nak bekalkan stayer. Pernah tanya berapa jam masa mereka untuk diri mereka? masa tidur mereka di KI berapa lama? 

Mereka bukan sahaja pegang kamu tingkatan 5 bahkan semua dengan adik-adik tingkatan empat sekali. Mujur Allah atur mereka dua orang dan bukan seorang. Tapi, katakan stayer muslimat antunna cuma seorang? macam mana?

Semua orang main peranan masing-masing. Stayer dan bukan Stayer semua ada peranannya. Tapi sekarang ni bukan soal kesian. Nak antunna fikir. Kalau Kak Azza dan Kak Husna yang dua orang tu berat sungguh kerja mereka. Sedangkan mereka muslimat jugak macam antunna. Bayangkan takde batch antunna yang stay, atau ada tapi seorang ?!

Sanggup antunna biar dia buat kerja sorang-sorang. mengalir air mata hari-hari fikir masalah Kisas?
Fikirkan lah adik-adik.

Penutup


Fikirkan dalam-dalam adik-adik yang dihormati sekalian.
Tujuan tulisan ini bukan untuk mendoktrin, jauh sekali untuk menghasut adik-adik untuk menjadi STAYER.

Tetapi ianya hanyalah sebagai buah fikiran,

"Helang juga helang. Tetapi tidak menjejaskan helang sekiranya dia kembali mengajar pipit-pipit menjadi helang seperti dia. Di bumi barakah itu."

Adik-adik, Bumi tu semakin nazak. dia memerlukan sentuhan tangan orang yang mengenali apa itu tarbiyyah dan biah solehah. Bumi itu perlukan idea pembaharuan dari mereka yang mengenalinya.
Siapa yang akan menyelamatkan bumi itu kalau bukan tangan-tangan emas dari Al-Faruq.

Soal layak atau tidak, itu bukan kamu yang ukur. Tapi itu kerja Allah.
Itu pilihan Dia. Dia yang tahu kamu layak ke tidak.
Tapi soal stay ke tidak itu pilihan kamu.
Kamu yang tentukan.

Fikir-fikirkanlah.

Mudahan Allah tetapkan hati kamu jika kamu sudah mula terdetik untuk mencintai jalan ini.

Ingatlah kata Abg Hakim ini:

"Jika ada unique ke-tujuh di Kisas, maka unique itu adalah 'Stayer' "
Diakhirkan surat terbuka ini dengan ayat Al-Quran:



* Ini satu tambahan, jika kamu berkesempatan, dalam mengakhiri bacaan kamu pada surat 'Dari-ku Untuk-mu' ini... sudilah kiranya kamu tekan 'link' bawah ni di tab baru dan baca bersama lirik di bawah ini... Rintihan Kalbu. Lagu ini cukup merintih kalbu kalau kamu hayati baitnya.

Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai abid
Kepada Allah, Allahurabbi

Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang diangkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indah, indahnya, Oh…indahnya

Wahai generasi dengarlah pesanan
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah

Kutiplah mutiara-mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan oh teruskan
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu

Ini Dari Kami Untuk-Mu!

Stayer As-Siddiq
18:01
17/12/2014
Sg. Buloh,Selangor


0 comment[s] | back to top